8 Kaedah yang lazimnya digunakan oleh pakar psikologi untuk menghilangkan tekanan yang mereka hadapi!

0
94

Pakar psikologi adalah ahli pakar yang membantu kita menyelesaikan masalah, mengatasi ketakutan dan membantu kita mengawal perasaan supaya kita boleh menjadi tenang dan sihat. Tetapi mereka juga manusia biasa yang berhadapan dengan bermacam masalah dan cabaran yang membuatkan adakalanya mereka juga tertekan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana golongan seperti ini menyelesaikan masalah emosi atau tekanan mereka. Berikut adalah 8 kaedah yang lazimnya digunakan oleh golongan profesional ini untuk membantu mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.

8. Tuliskan semua perkara yang ada dalam minda.

John Duffy, seorang ahli psikologi klinikal dan penulis sebuah buku mengenai pendidikan remaja, berkata, “Untuk mengurangkan tekanan, saya membuat nota tentang idea, situasi, hubungan dengan orang, idea artikel. Saya mencatat semua perkara yang muncul dalam fikiran saya. Proses kreatif ini sangat membantu untuk melupakan masalah, kepala kita menjadi ringan, ketegangan hilang. Selepas itu, saya dapat melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. “

7. ‘Cerewet’ ketika membeli bahan-bahan untuk masakan.

Psikoterapi, penulis, dan guru, Jeffrey Sumber menggunakan kaedah sedemikian untuk menangani tekanan:

“Apabila saya berasa tertekan, saya suka makan. Tetapi ia haruslah makanan yang sihat atau hidangan yang belum pernah saya buat sebelum ini. Saya menghabiskan banyak masa di kedai, memilih bahan-bahan. Kemudian, saya memotongnya dengan berhati-hati dan perlahan-lahan makan hidangan itu. Saya kerap memuat naik hidangan tersebut di Facebook untuk membuat kawan saya cemburu! “

6. Tegangkan semua otot anda.

Psikoterapi Amerika, Kevin Chapman menggunakan kaedah relaksasi otot progresif yang telah dipelopori sejak tahun 1920.

Selepas ketegangan otot kuat belaku akan berlakunya kelegaan otot. Ia bermakna anda perlu mengetatkan otot anda selama 10 saat dan kemudian memberi tumpuan kepada rasa relaksasi selama 20 saat.

5. Beri reaksi yang sepatutnya atau jangan memberi reaksi sama sekali.

Psikologi Susan Krauss Whitbourne tidak melawan tekanan yang dihadapinya tetapi dia mempunyai ‘mantra’ khas yang dia ulangi ketika dia berada dalam keadaan tertekan. Dia berkata, “Saya tidak dapat mengubah keadaan tetapi saya boleh mengubah tindak balas saya.”

Reaksi positif terhadap situasi negatif membantu untuk menghindari tekanan serta mendapat pengalaman jika anda melihatnya sebagai cabaran. Anda juga boleh belajar daripada kesilapan anda.

4. Hentikan aliran pemikiran anda.

Ahli psikologi Martin Seligman mengesyorkan satu kaedah mudah dan popular yang membantu untuk meringankan kepala anda.

Tepuk tangan anda dan jerit, “Berhenti! Saya akan memikirkannya nanti! “Anda juga boleh mencubit diri sendiri apabila anda mula memikirkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada anda pada masa itu. Gunakan helah sedemikian untuk menghentikan kitaran pemikiran dan menangguhkan masalah untuk seketika.

3. Luangkan satu jam untuk melakukan hobi atau apa sahaja perkara yang anda suka.

Psikoterapi Amy Przeworski mengesyorkan untuk meluangkan sedikit masa untuk anda melakukan apa sahaja yang anda mahukan. Membaca, melukis, memasak, bersenaman – apa sahaja yang membuatkan anda gembira. Tiada kerja, tidak ada tanggungjawab, tiada pemikiran negatif, tidak ada apa-apa yang membuat anda kecewa.

2. Merangsang saraf anda.

Toni Bernhard mencadangkan satu kaedah yang jarang dilakukan tetapi berkesan berdasarkan fisiologi.

Leret bibir anda dengan jari telunjuk anda. Pergerakan ini boleh menyentuh saraf yang terletak di permukaan bibir yang merangsang sistem saraf parasympatetik dan membantu anda menenangkan diri.

1. Cuba kaedah klasik yang berbeza.

Sudah tentu, ada cara klasik untuk menghilangkan stres dengan berkesan.

Sebagai contoh, Deborah Serani, seorang psikologi klinikal dan pengarang buku ‘Living With Depression’, cuba memberi segala-galanya yang diperlukan oleh tubuh. “Saya menggunakan apa sahaja yang dapat menyentuh perasaan saya. Sebagai contoh, saya boleh duduk di dalam kereta dan mendengar jazz di radio, melukis, berehat di tab mandi panas, atau menikmati teh yang enak. “

Ahli terapi Joyce Marter menggunakan kaedah yang biasa digunakan iaitu dengan mengosongkan ruang kerja, cuci piring dan sebagainya. Lakukan apa sahaja untuk mengalihkan perhatian anda daripada perkara-perkara yang boleh membuatkan anda tertekan.

Ahli psikologi Susan Newman berpendapat bahawa tidak ada antidepresan yang lebih baik daripada rakan-rakan sendiri dan Doktor Stephanie Sarkis pula lebih memilih untuk melakukan yoga, bersukan atau berehat dan tidur sahaja.

Sumber: BRIGHT SIDE

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru