Menteri Belanda: “Basikal patut dijadikan mod pengangkutan di Kuala Lumpur”

0
78

Ramai sudah maklum bahawa aktiviti berbasikal merupakan sesuatu yang baik untuk kesihatan tubuh. Tetapi, pernahkah anda terfikir untuk menjadikan basikal sebagai salah satu mod pengangkutan di bandaraya?

Jika tidak pernah terlintas pun di fikiran anda, ketahui apa yang dibangkitkan oleh Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Pembangunan Kerjasama ini katakan.

Sumber: The Malay Mail

Menurut laporan NST baru-baru ini, semasa acara “Berbasikal di Kuala Lumpur” berlangsung, Menteri Perdagangan Luar Negeri dan Pembangunan Kerjasama Belanda, Sigrid Kaag, menyatakan sesuatu mengenai mod pengangkutan yang patut digunakan oleh warga Kuala Lumpur.

Menurut beliau, basikal adalah mod pengangkutan yang sesuai bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota.

Sumber: Twitter

Beliau juga mengambil negaranya sebagai contoh. Menurutnya, aktiviti berbasikal merupakan mod pengangkutan utama di Belanda. Sebanyak 36% daripada pergerakan harian masyarakat di Belanda adalah menggunakan basikal.

Jika cuaca kita sejuk juga seperti di negara Belanda, tidak menjadi masalah untuk kita berbasikal juga untuk bergerak, bukan? “Frekuensi tinggi perjalanan menggunakan basikal ini didayakan oleh infrastruktur berbasikal yang sangat baik seperti laluan dan trek khas di dalam bandar. Hal ini membuat laluan berbasikal lebih pendek, cepat berbanding daripada laluan kereta”, tambah beliau lagi.

Beliau juga berkata bahawa penunggang basikal di Belanda menghabiskan hanya sedikit masa dalam kesesakan lalu lintas dan kualiti hidup mereka juga telah bertambah baik sejak itu.

Sementara itu, Datuk Maimunah berkata acara berkenaan turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang lebih mampan dan selesa untuk didiami. Ia dapat dicapai jika pelaburan dibuat terhadap mobiliti pintar dan infrastruktur berbasikal.

Beliau turut menambah bahawa laluan basikal baru-baru ini diperkenalkan di Kuala Lumpur bagi menyokong Agenda Bandar Baru.

Ia bermatlamat untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga kota dan boleh dijadikan alternatif untuk mereka yang mahu mengurangkan kesibukan trafik dan mengurangkan bilangan kereta sekaligus meminimakan pencemaran udara.  

Sumber: Twitter

Untuk pengetahuan anda, acara itu diadakan bersempena dengan World Urban Form 9 (WUF9). Di penghujungnya pula, terdapat lebih daripada 90 VIP terdiri daripada syarikat korporat, wakil kerajaan, dan rakan perniagaan berbasikal sepanjang 1.5 kilometer (laluan berbasikal) dari Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Jadi, apa pendapat anda? Berbasikal sebagai mod pengangkutan ataupun tidak?

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru