Sekolah rendah awam Jepun timbulkan kemarahan ibu bapa apabila mewajibkan pelajar menggunakan seragam sekolah Giorgio Armani berharga RM2,912!

0
102

Sebagai ibu bapa, kita menghantar anak-anak kita ke sekolah untuk mereka mendapatkan pendidikan yang baik sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan. Jadi, apabila sekolah muncul dengan undang-undang atau peraturan yang merumitkan dan tidak masuk akal pasti perkara tersebut akan menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Seperti halnya di Jepun di mana sebuah sekolah awam baru-baru ini dikatakan telah menimbulkan kemarahan ibu bapa setelah pihak sekolah menghendaki para pelajar mereka mengganti seragam sekolah lama mereka dengan seragam yang dibuat oleh Giorgio Armani.

Apa yang paling tidak masuk akal ialah kos seragam tersebut dikatakan mencecah  80,000 Yen (RM2,912.70) iaitu kira-kira tiga kali lebih mahal daripada yang sebelumnya!

Sekolah Rendah Taimei telah menggesa supaya pelajar mereka mengenakan seragam dari Giorgio Armani.

Sumber: PhotoShelter

Menurut laporan berita Japan Times sekolah tersebut memberitahu bahawa mereka membuat keputusan “dengan niat untuk membuat pakaian tersebut sebagai seragam untuk sekolah ‘Ginza,'” selepas mereka melawat kedai-kedai serbaneka dan “Armani bersetuju untuk mereka seragam tersebut.”

Ditanya mengenai pakaian seragam yang mahal tersebut, Menteri Kewangan Taro Aso berkata:

“Jelas sekali ianya mahal. Ia adalah sukar bagi pelajar tidak mampu membayarnya. “

Terletak di daerah Ginza, Sekolah Rendah Taimei merupakan sebuah sekolah awam yang telah mencetuskan reaksi negatif daripada ibu bapa dan netizen setelah mengenakan peraturan seragam baru yang mahal.

Sumber: Peta Google

Rata-rata ibu bapa yang ditemui melahirkan rasa terkejut dan tidak berpuas hati kerana adalah tidak masuk akal untuk memilih jenama mahal dan terkenal sebagai seragam sekolah untuk murid sekolah rendah awam.

Sumber: Brett Decker / Twitter

Yoshimasa Hayashi, Menteri Pendidikan, mengatakan bahawa kementerian akan melihat perkara itu dengan lebih terperinci.

Pengetua sekolah itu kemudian mengulas mengenai perkara itu di laman web rasmi sekolah dengan mengatakan:

“Saya membuat keputusan ini dengan memikirkan mengenai masa depan sekolah. Saya dengan rendah hati menerima setiap kritikan yang diberikan. “

Namun begitu, perubahan dalam seragam sekolah itu dijangka tetap akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru