Jangkitan INFLUENZA: 2-3 hari sahaja diperlukan untuk menunjukkan simptom! Ketahui cara mencegah

0
123

Kita semua sudah sedia maklum bahawa jangkitan demam atau selesema yang berlarutan boleh membawa kesan yang merbahaya bukan sahaja kita tapi kepada orang sekeliling kita. Jika tidak diberi rawatan segera, ia akan menjadi serius hingga boleh membawa maut.

Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, membuat ulasan tentang jangkitan influenza mengatakan penyakit berjangkit ini biasanya menyebabkan salur pernafasan termasuk hidung, tekak dan paru-paru.

Penyakit ini tidak boleh dibiarkan berlarutan berpanjangan kerana ia akan menimbulkan pelbagai kompilasi yang serius.

“Setiap tahun kadar kematian meningkat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya bermula 25 Disember hingga 7 Januari lalu, mencatatkan 70,504 kes positif dari 108 negara. Sepanjang musim sejuk bermula Disember lalu pula, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 37 kematian.”- Dr Mohd Feizel Alsiddiq

Dengan kes yang dilaporkan secara berleluasa di seluruh hospital Amerika Syarikat, jelas menunjukkan kebimbangan di kalangan pegawai perubatan di sana.

Influenza terbahagi kepada 3 ketegori iaitu Influenza A, Influenza B dan Influenza C.

Pada tahun 2009/2010 Negara telah dikejutkan dengan serangan wabak Influenza H1N1 di mana virus ini adalah pada ketegori Influenza A yang boleh menyebabkan jangkitan demam selesema yang serius.

Walaupun tahap jangkitan influenza ini dalam keadan terkawal, namun kita sebagai masyarakat harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah virus ini daripada merebak.

Ibu mengandung dan kanak-kanak bawah lima tahun dan warga emas adalah sasaran mudah virus tersebut disebabkan daya tahan badan mereka yang lemah.

Seperti yang diperkatakan bahawa virus ini boleh membawa kesan serius terutama kepada penghidap sakit jantung, asma, diabetes dan kanser.

Bagi pesakit demam selesema juga haruslah menjarakkan diri daripada orang lain terutama di kawasan sesak seperti jualan pasar dan juga pengangkutan awam, kerana jangkitan ini mudah merebak menerusi cecair bersin, batuk, sentuhan dan melalui udara.

Secara am kajian menunjukkan kadar jangkitan ini meningkat ketika musim sejuk pada negara yang mempunyai empat musim. Namun bagi negara Malaysia pula jangkitan terhadap virus ini adalah tidak menentu sepanjang tahun disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu.

Bagi yang sudah dijangkiti virus ini, mereka seharusnya menjalani ujian PCR sebagai ujian saringan pertama. Pakar perubatan akan mengesyaki jika mereka dijangkiti influenza sekiranya keputusan yang dikeluarkan adalah negatif. Tindakan rawatan segera haruslah diambil pada pengesanan awal.

Pesakit yang didapati positif influenza, sepanjang tempoh lima hingga tujuh hari mereka diberi rawatan untuk mengurangkan risiko dengan menjalani rawatan antiviral oseltamivir.

Ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) boleh mendapatkan keputusan yang tepat dengan pesakit menjalankan ujian Nasal Swab namun tidak sesuai digunakan pada unit kecemasan dan kebanyakan klinik disebabkan kadar kos yang tinggi dan mengambil masa yang lama.

Pesakit yang kurang berisiko dan tahap jangkitan tidak serius,  mereka hanya perlu memakai topeng muka dan berehat di rumah sahaja dengan pengambilan antibiotik untuk meredakan demam selesema.

Jika pesakit yang serius, mereka harus mendapatkan rawatan di hospital dengan segera untuk rujukan pakar.

Untuk mencegah daripada menghidap virus influenza, suntikan vaksin influenza harus diberikan terutama kepada golongan pesakit jantung, pesakit asma, pesakit kanser, warga emas, kanak-kanak dan bayi pra-matang.

Masyarakat harus lebih peka terutama golongan ibu bapa dan kanak-kanak bahayanya jika dijangkiti virus influenza ini, disarankan pengambilan vaksin ini dilakukan oleh orang ramai secara tahunan kerana virus influenza ini boleh berubah (mutasi) dari semasa ke semasa.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan

dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti

semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru