Orang ramai boleh dapatkan minuman percuma di McDonalds secara ‘Drive-Thru’ dari 13 hingga 15 Februari ini!

0
71

Pasti ramai yang tidak sabar menanti sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Mana tidaknya ramai yang mengambil kesempatan ini untuk mengambil cuti dan bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman!

Bagi yang tinggal di bandar-bandar besar pasti sudah masak dengan situasi jalan raya dan lebuh raya semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, sibuk dan sesak dengan kenderaan.

Kawasan rehat pula akan dibanjiri dengan orang ramai yang singgah berehat setelah melalui perjalanan yang panjang dan memenatkan manakala di stesen minyak pula anda terpaksa beratur panjang.

Namun begitu, tahun ini anda mungkin boleh menarik sedikit nafas lega apabila McDonalds Malaysia mengumumkan bahawa minuman percuma akan diberikan di semua cawangan McD secara ‘Drive-Thru’.

Menurut halaman Facebook McDonald’s Malaysia, mereka akan memberikan minuman percuma seperti McCafé Premium Roast Coffee atau 100Plus di semua McD ‘Drive-Thru’ di seluruh negara daripada 13 hingga 15 Februari ini! Pelanggan dikatakan boleh memilih sama ada McCafé Premium Roast Coffee kecil atau 100Plus biasa.

Tiada terma dan syarat untuk tawaran ini, jadi anda boleh singgah di mana-mana ‘Drive-Thru’ untuk menebus minuman percuma anda. Tetapi perlu diingati bahawa tawaran ini hanya sah untuk ‘Drive-Thru’ sahaja.

Selamat memandu bagi yang akan pulang ke kampung halaman. Semoga anda selamat sampai ke destinasi!